Saturday, May 01, 2010

SELAMAT HARI BURUH


Salam semua..seperti yang kita semua maklum hari ini 1 mei adalah hari buruh.hari merayakan sumbangan golongan pekerja dalam memajukan sesebuah institusi dari kelas yang paling haprak sampailah ke peringkat sebuah negara.

Sekarang dah tahun 2010 tapi adakah sumbangan pekerja2 dalam dunia betul2 dihargai?
jangan tak caya dalam kita menikmati mewahnya hidup, masih ada lagi golongan pekerja yang tertindas dalam berbagai2 situasi. ada yang masih gagal mendapat gaji yang setimpal dengan beban kerja, ada yang gagal dibayar elaun lebih masa oleh majikan, ada yang dipaksa bekerja dalam persekitaran yang tidak sihat dan kotor, ada yang kerja macam nak mampos tanpa diberi cuti, ada yang tak dicarom EPFnye dan macam2 lagi lah...dan jangan tak caya bahawa benda2 ni semua berlaku dalam negara kita sendiri!

Golongan2 majikan memang TAHU,SEDAR,FAHAM bahawa golongan pekerja adalah faktor penyumbang terbesar dalam menentukan kembong tak kembongnya poket dan buncit tak buncitnya perut2 diorang tu. Diorang tahu setiap kudrat, peluh dan tenaga golongan pekerjalah yang menentukan untung-bankrapnye kompeni diorang. Tak mungkin seekor tauke-manager dapat menguruskan perniagaannya sendiri dari proses menjual-mempromosi-memasarkan produk diorang tanpa dibantu golongan pekerja.

Pekerja-dari golongan paling bawah sampailah ke pangkat CEO adalah penyumbang utama kejayaan sesebuah organisasi. Atas sebab faham tentang peranan dan kuasa golongan pekerja inilah maka sesetengah tauke2 dan manager a.k.a. setan ini menindas-mencucuk hidung golongan pekerja terutama golongan bawahan supaya mereka tak bangun melawan, diam, buta dan bodoh. Kurangnya kesedaran tentang hak masing2 sebagai pekerja juga adalah punca mengapa golongan pekerja ini mudah ditindas.

Oklah kalau nak cerita pasal tindas menindas ni sampai tahun 6000 tak habis taip.Gua mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI PEKERJA.

2 comments:

Azrin Urid said...

fuyoh...dasat lalu bro!!

masyarakatkini said...

setuju